116 Tahanan POCA Sejak 2 April lalu - Wan Junaidi

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 6:48 PM

Wan Junaidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 116 individu yang terbabit dalam jenayah berat dan terancang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, sejak dikuatkuasa pada 2 April lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelaksanaan akta bagi memerangi dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan juga memberi tumpuan kepada kegiatan kekerasan serta samseng.

"POCA dikhususkan kepada jenayah. Jika sesiapa melakukan jenayah, tidak kira ahli politik atau orang besar, mereka akan ditangkap juga.

"Namun setakat tiada tahanan membabitkan ahli politik," katanya selepas merasmikan Simposium Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Pusat Islam Wilayah Persekutuan, Jumaat.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anggota panel untuk akta ini dilantik dua minggu lalu dan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Khalid berkata setakat ini, polis merekod 287 keterangan berhubung kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia  (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Berkaitan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) yang dirancang 1 Mei ini, katanya, polis akan mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas) 2012 atau SOSMA jika pesertanya berdegil dan menimbulkan kekecohan.

"Apa yang dia nak sangat buat di situ (Dataran Merdeka). Mereka tak dapat kebenaran pihak berkuasa tempatan. Kita pun dah cadangkan lokasi alternatif di Stadium Merdeka," katanya. 


Tags / Kata Kunci: POCA , jenayah berat , kekerasan , jenayah terancang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan