Empat Kopitiam Diarah Tutup, Lantai, Dinding Kotor dan Berkulat

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 5:31 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan empat kopitiam di negeri ini ditutup kerana membiarkan lantai dan dinding premis mereka kotor dan berkulat.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, tiga daripada premis itu terletak di Bukit Mertajam dan sebuah lagi di Butterworth.

"Operasi semalam bertumpu kepada kopitiam, restoran dan gerai yang menyediakan sarapan pagi. Kami dapati peniaga lebih menumpukan kebersihan proses penyediaan makanan manakala aspek kebersihan kawasan premis diabaikan.

"Penggunaan papan pemotong kayu masih menjadi kesalahan popular selain membiarkan tikus dan lipas berkeliaran dalam ruang memasak," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ku Nafishah berkata, premis berkenaan diarah tutup dalam tempoh 14 hari mulai Khamis mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pemiliknya harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi.

Beliau berkata sebanyak 65 premis diperiksa iaitu 25 di Daerah Timur Laut, Barat Daya (14), Seberang Perai Selatan (18), Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah masing-masing empat.

Ku Nafishah berkata operasi sedemikian akan diteruskan setiap dua minggu sekali sehingga kesemua premis makanan di Pulau Pinang mencapai tahap kebersihan maksima.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan 30 kompaun berjumlah RM2,250 kerana kesalahan tidak menyediakan perangkap minyak pada saluran buangan di dapur dan pengurusan sisa tidak sempurna.

Orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan berkenaan premis makanan kotor atau produk makanan rosak di negeri ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan