The Star Menang Anugerah Perak Pada Anugerah Jenama Putra

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 10:47 PM

(Dari kiri) Ketua Pegawai Pengiklanan Star Publications (Malaysia) Bhd, Lim Bee Leng, Pengurus Besar Perniagaan Digital, Roy Tan, dan Editor Kanan Metro, Brian Martin, bersama Anugerah Perak yang dimenangi The Star bagi kategori Media pada Anugerah Jenama Putra di Kuala Lumpur, Jumaat malam. Foto FAIHAN GHANI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: The Star memenangi anugerah perak dalam kategori Media pada Anugerah Jenama Putra, satu-satunya media cetak yang memenangi anugerah dalam kategori itu.

Para pemenang lain di bawah kategori itu pada anugerah yang berlangsung Jumaat malam adalah Astro yang meraih emas, dan pemenang gangsa Hitz FM, Malaysiakini dan ntv7.

AirAsia dinobatkan sebagai Jenama Putra Sepanjang Tahun manakala Aeon dan Dynamo dinamakan sebagai Ikon Jenama Putra (dianugerahkan kepada jenama yang secara konsisten memenangi emas beberapa tahun).

Pemaju hartanah SP Setia dinamakan sebagai Jenama Paling Berdaya Usaha Sepanjang Tahun.

Bagi anugerah khas, 'Pemasar Putra Malaysia Sepanjang Tahun' yang diperkenalkan tahun ini dengan mengiktiraf Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Anugerah Jenama Putra mengiktiraf individu atau pasukan yang bertanggungjawab untuk berjaya membina jenama di platform tempatan, serantau, dan/atau antarabangsa sepanjang tempoh pemasarannya.

Edisi kelima Anugerah Jenama Putra dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dan disokong Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan