The Star Menang Empat Anugerah Asia

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 10:46 AM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: The Star memenangi empat hadiah di Anugerah Media Asia 2014 anjuran Persatuan Penerbit Akhbar dan Berita Dunia (WAN-IFRA) di sini.

Wartawan Isabelle Lai menerima anugerah emas bagi kategori Kandungan Editorial Terbaik (berita eksklusif akhbar) menerusi laporan bertarikh 19 Mei tahun lalu mengenai pembalakan di Cameron Highlands.

Sementara itu berita mengenai seorang lelaki rakyat Palestin yang tidur di bangku bahagian transit KLIA selama lebih 50 hari tanpa pengetahuan pihak keselamatan memenangi anugerah gangsa bagi kategori yang sama.

Berita berkenaan ditulis oleh Editor Bersekutu, T. Selva dan wartawan P. Aruna serta Rashitha A. Hamid yang diterbitkan dalam akhbar The Star pada 13 Julai tahun lalu.

Selain itu Penolong Ketua Jurugambar, Glenn Guan memenangi anugerah gangsa bagi gambar dramatik atlit acara platform 10m seirama wanita di Kejohanan Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol.

Ia diterbitkan pada 23 Julai tahun lalu.

Akhbar The Star turut menerima anugerah gangsa bagi kategori Khidmat Masyarakat Terbaik menerusi kempen Do Good Volunteer 2.0.
Tags / Kata Kunci: WAN-IFRA , Media Asia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan