Wujud Sekolah Khas Anak Bermasalah Pembelajaran - Suhakam

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 11:57 AM

Dr Khaw Lake Tee. -Foto ONG SOO HIN/THE STAR.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mempertimbangkan cadangan penubuhan sekolah khas untuk kanak-kanak yang disahkan mengalami masalah pembelajaran (CWLD) bagi menjamin masa depan generasi muda negara dalam kelompok 'istimewa' itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang menjalankan kajian berhubung perkara itu sejak awal tahun lalu membabitkan dana RM100,000 berpendapat saranan itu suatu keperluan kerana tanpa usaha ke arah itu ia akan menidakkan hak kanak-kanak berkenaan.

Naib Presiden Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee  berkata, sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran membuat pengkhususan mengikut kaedah pembelajaran yang sesuai bagi setiap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.

Beliau berkata, terdapat beberapa kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran antaranya ialah Sindrom Down, Austisme Ringan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau hiperaktif, terencat akal minimum, disleksia, Cerebral Palsy, masalah pertuturan dan kecacatan fizikal.

“Hasil kajian awal yang dijalankan sekreteriat di bawah Kumpulan Penyelidikan dan Pembangunan Dasar Suhakam, kita dapati kemudahan pembelajaran terutamanya bilik darjah bagi CWLD ini perlu ditambah baik.

“Malahan, suruhanjaya berpendapat sekolah pendidikan khas ini wajar dibina dalam lokasi sama dengan sekolah aliran perdana bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada masyarakat mengenai kewujudan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini,” katanya kepada mStar Online , Jumaat.

Dr Khaw berkata, saranan itu dikemukakan selepas meneliti hasil kajian yang dijalankan, di mana setakat ini pihaknya dalam proses untuk menyiapkan laporan lengkap penyelidikan sebelum akhir tahun ini, sebelum perbincangan diadakan bersama kementerian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira 10 peratus CWLD sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah di seluruh negara dan statistik tersebut sentiasa meningkat setiap tahun.

“Ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka tahu kaedah untuk berinteraksi dan menerima kewujudan kanak-kanak berkeperluan khas ini.

“Dengan adanya sekolah pendidikan khas, lebih ramai pelajar bermasalah pembelajaran dapat belajar di sini, terutamanya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan kajian berkenaan adalah sesi lawatan lapangan ke sekolah dengan program pendidikan khas intergrasi, sekolah yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan dan Pusat Dalam Komuniti, forum awam berhubung hak pendidikan kepada CWLD serta bengkel latihan kepada guru pendidikan khas.

Oleh itu, katanya, Kementerian Pelajaran diminta supaya menyusun sistem pembelajaran yang lebih inklusif bagi aliran sekolah pendidikan khas di negara ini. 





Tags / Kata Kunci: Suhakam , Dr Khaw Lake Tee , CWLD

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan