PM Serah Pelan Pengurusan Alam Sekitar Taman Negara, ECER

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 1:25 PM

Najib (depan kiri) Razak menyerahkan lima Pelan Pengurusan Alam Sekitar kepada Adnan sambil disaksikan Muhyiddin (tiga, kiri) pada majlis pengumuman Laporan Suku Pertama 2014 ECER di Bangunan Perdana Putra di sini, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyerahkan lima Pelan Pengurusan Alam Sekitar untuk pembangunan lestari taman-taman negara dan negeri di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kepada kerajaan negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Kenyataan yang dikeluarkan Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di sini memaklumkan pelan itu bagi pemuliharaan, pemeliharaan dan pembangunan Taman Negara yang merentasi Pahang, Terengganu dan Kelantan; Taman Negara Endau-Rompin yang terletak antara Pahang dan Johor; Tasik Chini di Pahang yang juga Rizab Biosfera Unesco yang pertama di Malaysia; Setiu Wetlands di Terengganu dan Tanah Tinggi Lojing di Kelantan.

"Pelan itu adalah hasil kajian yang dilaksanakan ECERDC untuk memastikan pembangunan yang seimbang di ECER, demi memastikan projek pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan turut mengambil kira kepentingan alam sekitar.

"Dokumen tersebut menggariskan pelan pengurusan bagi memacu usaha pemuliharaan dan pemeliharaan taman-taman negara dan negeri di ECER," menurut kenyataan itu.

Najib yang juga merupakan Pengerusi ECERDC menyampaikan dokumen berkenaan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis pengumuman Laporan Suku Pertama 2014 ECER di Bangunan Perdana Putra di sini, Jumaat.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.

Taman Negara yang terletak di ECER merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia yang dianggarkan berusia lebih daripada 130 juta tahun.

Ia memiliki kepelbagaian biodiversiti hutan hujan iaitu antara yang terkaya di dunia.

"Dalam usaha memacu transformasi sosioekonomi di wilayah ini, adalah amat penting bagi ECER untuk memastikan bahawa kelestarian alam sekitar dan aset semula jadi wilayah ini akan terus kekal terpelihara," menurut kenyataan itu.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan