Pemilihan PKR: Lawas Lokasi Pertama Mula Mengundi

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 11:47 AM

Johari Abdul

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Proses pengundian pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kawasan Lawas, Sarawak yang bermula tepat pukul 9 pagi Jumaat berjalan lancar.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, Lawas menjadi lokasi pertama proses pengundian yang berlangsung selama dua hari sehingga Sabtu.

"Sepatutnya bagi negeri Sabah dan Sarawak, proses mengundi adalah pada Sabtu dan Ahad.

"Namun kita menerima permintaan daripada ahli di Lawas supaya diadakan hari ini (Jumaat) dan esok kerana kebanyakan ahli beragama Kristian akan bersembahyang di gereja pada Ahad," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Selain itu Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, ahli PKR di Sabah dan Sarawak boleh menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih kepimpinan parti yang baharu seawal pukul 9 pagi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 4 petang.

"Keputusan undian bagi kawasan Lawas akan mula diumumkan petang esok (Sabtu). Begitu juga di tempat-tempat lain, keputusan boleh diketahui pada hari kedua pengundian," katanya

Keseluruhannya, pemilihan parti kali ini akan berlangsung sehingga 11 Mei ini. Setakat ini, jawatan Presiden kekal disandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila pencabarnya yang juga Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri.


Tags / Kata Kunci: Pemilihan PKR , PKR , Johari Abdul

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan