Perhimpunan Agung Umno 28 Okt-1 Nov - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 9:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan berlangsung dari 28 Oktober hingga 1 November, kata Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Najib berkata, perhimpunan lima hari itu bermula dengan taklimat presiden pada 28 Oktober, diikuti perhimpunan sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 29 Oktober.

"Perasmian Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 30 Oktober dan berakhir pada 1 November," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.

Najib berkata, anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai pengerusi forum antarabangsa yang akan diadakan sempena perhimpunan agung parti tonggak Barisan Nasional(BN) itu.

Beliau juga mengumumkan 11 Mei sebagai tarikh sambutan ulang tahun Umno ke-68, bermula dengan majlis tahlil, solat Maghrib, bacaan Yasin dan doa kesyukuran, diikuti majlis menaikkan bendera Umno dan ucapan presiden parti.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan