MH370: Australia Rancang Perluas Carian Ekoran Tiada Keputusan

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 9:59 PM

Bluefin-21

Bluefin-21.

(Ubah saiz teks)

PERTH: Pihak berkuasa Australia pada Jumaat berkata, mereka akan memperluaskan pencarian dalam air untuk mencari pesawat MH370 yang hilang, berikutan pencarian di laut dalam bagi bangkai pesawat di lokasi yang dipercayai nahas berlaku hampir selesai tanpa sebarang keputusan.

Kapal selam mini Bluefin-21 telah membuat imbasan 95 peratus di kawasan carian awal di Lautan Hindi, jauh dari barat Australia, tanpa membuat sebarang "kaitan berkepentingan" kata pusat penyelarasan pencarian yang berpangkalan di Perth pada Jumaat.

"Jika ada kaitan berkepentingan, Bluefin-21 akan terus memeriksa kawasan bersebelahan" zon carian semasa, kata kenyataan itu.

Kawasan pencarian semasa Bluefin tanpa pemandu itu meliputi 10 kilometer (enam batu) radius di sekitar titik di mana isyarat konsisten dari kotak hitam pesawat dikesan, tambah kenyataan itu.

"Kami kini sedang berunding rapat dengan rakan antarabangsa kami mengenai cara terbaik untuk meneruskan carian untuk akan datang," katanya.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 239 orang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Berdasarkan analisis data satelit, ia dipercayai menyimpang dari laluan penerbangan dan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Tags / Kata Kunci: Bluefin-21 , Penerbangan Malaysia , MAS , MH370

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan