Guinness World Record IKtiraf Menara Kawalan KLIA2

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 7:36 AM

Pemangku Menteri Pegangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien ketika meninjau Menara Kawalan Trafic Udara KLIA2 (Tower West) selepas majlis penyerahan menara kawalan itu dari Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Jabatan Pernerbangan Awam (DCA) pada Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai menara kawalan tertinggi di dunia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata menara berketinggian 141.3 meter dan mempunyai 33 tingkat itu mengatasi menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhune, Thailand yang berketinggian 132.2 meter.

"Tarikh pembinaan menara tersebut adalah pada 1 Mei 2012 dan siap 10 bulan selepas itu iaitu 1 Mac 2013 dan mula digunakan pada 4 April lepas iaitu sebulan awal bagi membolehkan Pengawal Trafik Udara membiasakan diri dengan operasi klia2," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penyerahan menara tersebut dari Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada DCA oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di bilik kawalan utama iaitu tingkat ke 33 menara berkenaan.

Pada majlis itu, Hishammuddin turut menerima sijil pengiktirafan tersebut daripada wakil Guinness World Record serta Malaysia Book Of Records selain menyaksikan pendaratan pertama membabitkan dua pesawat Malaysia Airlines MH604 dan MH402 di KLIA2.

Azharuddin berkata latihan pengawal trafik udara untuk klia2 telah dimulakan seawal Januari lalu termasuk latihan teori dan simulator dan buat masa ini seramai 120 pengawal telah bersedia untuk memulakan operasi di klia2 termasuk keseluruhan KLIA.

"Waktu operasi adalah 24 jam dan lapan orang pengawal trafik udara akan bertugas pada satu-satu masa di bilik kawalan utama. Sebanyak 58 perjawatan baharu juga telah diwujudkan untuk menampung tambahan posisi kerja di menara tersebut," katanya.

KLIA2, lapangan terbang dibina khas terbesar dunia untuk syarikat penerbangan tambang rendah itu dijadual beroperasi pada 2 Mei ini.

Apabila beroperasi kelak, KLIA2 dijangka mengendalikan sehingga 45 juta pengguna sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab penerbangan pesat berkembang di rantau ini.
Tags / Kata Kunci: KLIA2 , Guinness World Record

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan