Laporan Awal Kehilangan MH370 Minggu Depan - PM

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengumumkan laporan awal berhubung kehilangan pesawat MG370 minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Saya sudah mengarahkan pasukan pakar yang menjalankan siasatan dalaman untuk meneliti laporan itu dan besar kemungkinan ia akan dikeluarkan minggu depan," katanya dalam temubual bersama CNN, malam Khamis.

Pesawat Penerbangan Malaysia Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk ke Beijing. Bagaimanapun, ia dipercayai terhempas di Lautan Hindi apabila gagal tiba ke destinasi.

Ketika ini, pelbagai negara membantu menjalankan operasi mencari yang diketuai Australia bagi mengesan data pesawat dan rakaman suara di kokpit.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan bahawa sebarang data yang ditemui daripada kotak hitam pesawat MH370 itu akan diumumkan kepada awam.

Menerusi temubual itu, Perdana Menteri turut menekankan bahawa kerajaan belum bersedia untuk mengesahkan semua penumpang dan kru pesawat berkenaan meninggal dunia.

Bagaimanapun beliau mengakui adalah sukar untuk menghadapi situasi itu jika ia berlaku.

Setakat ini, ahli keluarga penumpang menolak cadangan kerajaan untuk mengeluarkan sijil kematian kerana sehingga kini tiada sebarang bukti kukuh ditemui berkaitan kehilangan pesawat itu.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan