Pemilihan PKR: Nombor 2 Cerminan Bakal Presiden

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 11:20 AM

(Ubah saiz teks)

ANALISIS 'KUASA ketiga' yang cuba diwujudkan oleh calon Timbalan Presiden, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini dilihat seolah-olah menyimpang jauh daripada matlamat asalnya.

Malah beliau sendiri bagaikan hanyut dalam drama pertembungan kuasa menentang Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan nombor dua tertinggi dalam parti.

Buktinya sejak awal berkempen, Saifuddin mengambil pendekatan untuk menyerang dua lawan utamanya iaitu Mohamed Azmin dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi media arus perdana, malah serangan itu terutama terhadap Mohamed Azmin semakin lantang apabila beliau secara sinis mempersoalkan kesetiaan penyandang jawatan Timbalan Presiden itu terhadap parti.

Sejak dari itu, ramai pengikut setia PKR mula meragui dan mempersoalkan mengenai idea kuasa ketiga yang cuba diketengahkan Saifuddin.

"Kuasa ketiga sepatutnya lebih neutral, lebih cool daripada yang lain. Tapi nampaknya ia berbeza dengan apa yang ditunjukkan Saifuddin.

"Beliau kelihatan lebih agresif menyerang Khalid dan Azmin. Nampaknya Saifuddin gagal menzahirkan imej cool dan bersahajanya...apatah lagi ketika berhadapan kempen licik kem Azmin," kata seorang pemimpin PKR dari Selangor.

Ramalan awal bahawa kononnya pemilihan kali ini hanya berkisar soal pertembungan kepentingan politik antara Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dan Abdul Khalid yang menduduki takhta Menteri Besar Selangor sebenarnya tidak berlaku.


Aura Presiden

Berbanding ketika pertama kali menang jawatan Timbalan Presiden pada 2010, Mohamed Azmin sebenarnya berhadapan ujian paling kritikal dalam pemilihan kali ini.

Selain soal maruah khususnya bagi membuktikan beliau masih releven dan diperlukan dalam parti, kemenangan ini juga sebenarnya akan membuka laluan kepadanya dalam PKR untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Maksudnya, pemilihan jawatan Timbalan Presiden pada tahun ini merupakan cerminan atau bayangan awal kepada calon bakal presiden baru PKR selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pastinya jika Ahli Parlimen Gombak itu berjaya dalam pemilihan kali ini, beliau tidak akan teragak-agak untuk mencabar kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden PKR yang disandangnya tanpa dicabar sejak 1999.

Tidak keterlaluan jika dikatakan kemenangan Mohamed Azmin kali ini juga boleh dijadikan referendum sokongan ahli akar umbi parti itu kepadanya.

Sehingga kini berdasarkan siri jelajahnya ke seluruh negara, Mohamed Azmin menerima sambutan 'bertaraf presiden' yang agak luar biasa daripada pengikut setianya.

"Azmin ada aura tersendiri. Makin kuat tekanan diberikan kepadanya, semakin lantang penyokongnya menzahirkan sokongan mereka.

"Bagi ahli akar umbi, pemilihan jawatan Timbalan Presiden merupakan persediaan awal untuk kami menentukan siapakah pengganti Wan Azizah nanti," kata seorang lagi pemimpin peringkat cabang dari Selangor.


Tidak Menyengat

Berbanding Saifuddin dan Abdul Khalid, kedua-dua mereka dilihat seakan hilang punca dalam menentukan hala tuju mereka pada pemilihan ini.

Sambutan hambar di beberapa lokasi kempen Abdul Khalid dan Saifuddin menimbulkan persepsi yang tidak menyenangkan mengenai kemampuan mereka menentang Mohamed Azmin.

Malah bagi Saifuddin sendiri, beliau dilihat begitu kerap menggunakan saluran media sebagai talian hayat untuk mengetengahkan idea serta tawarannya kepada ahli partinya sendiri.

Malah kem 'kuasa ketiga' yang dicipta Saifuddin bersama dua calon Naib Presiden iaitu Mohd Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar juga dilihat seakan tidak menjadi.

Keberadaan Mohd Rafizi yang juga penyandang jawatan Pengarah Strategi PKR dalam 'dream team' Saifuddin juga pada dasarnya gagal membantu beliau merealisasikan impiannya untuk berada di belakang Wan Azizah.

Pertimbangan awal Saifuddin kononnya Mohd Rafizi mampu menarik sokongan ahli parti berdasarkan rekod baiknya terutama dalam memainkan peranan mendedahkan pelbagai kepincangan dalam kerajaan langsung tidak membantu.

Saifuddin mungkin lupa bahawa kegagalan 'langkah Kajang' yang dirancang Mohd Rafizi untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor mencacatkan imej beliau di mata ahli.

Bagaimanapun sama ada Mohamed Azmin, Saifuddin mahupun Abdul Khalid, ketiga-tiganya dilihat bersungguh-sungguh memenangi hati ahli akar umbi.

Masing-masing diberikan ruang yang sama rata khususnya untuk mendekati pengundi di seluruh negara.

Bezanya cuma sama ada kehadiran mereka disambut bagai pemimpin ulung atau sekadar sambutan hambar yang hanya dipenuhi kerusi.

Apa yang pasti keputusan bagi jawatan Timbalan Presiden akan menentukan hala tuju PKR untuk tempoh tiga tahun akan terutamanya dalam membantu Wan Azizah menguruskan parti sekiranya Anwar terpaksa berada di penjara.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan