Air Bawah Tanah Mungkin Tidak Selamat

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 10:04 AM

empangan
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan pakar menggesa kerajaan Selangor supaya membuat kajian terpeinci sebelum mengepam air bawah tanah bagi mengatasi kekurangan air di negeri ini.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran berkata, perlu menganalisa kandungan kimia di dalam air kolam bekas lombong yang dirancang untuk dipam.

"Adakah mereka sudah melakukan analisis mengenai bahan karsinogenik (penyebab kanser) di sana?

"Lombong terbengkalai juga mempunyai kandungan radioaktif peringkat rendah," katanya ketika dihubungi.

Piarapakaran berkata, pengepaman air bawah tanah di kawasan luar bandar biasanya tidak meberi kesan buruk ke atas alam sekitar.

Namun projek berskala besar perlu dilakukan penilaian mengenai kesan terhadap alam sekitar.

Piarapakaran juga mengingatkan bahawa pengambilan air bawah tanah juga boleh menyebabkan pemendapan tanah dan penurunan paras air bawah tanah.

"Ia akan menggalakkan rakyat menggali lebih dalam. Projek berskala besar boleh memberi kesan alam sekitar yang besar.

"Satu lagi masalah yang mungkin berlaku ialah peningkatan kes kebakaran terutama di musim kemarau kerana paras air bawah tanah semakin rendah akibat pengekstrakan," kata Piarapakaran.

Tags / Kata Kunci: Air Bawah Tanah , Air Selangor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan