Patuhi Undang-Undang Berpersatuan - Wan Junaidi

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 2:37 PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 49 persatuan telah diisytihar sebagai pertubuhan haram sehingga kini walaupun ada antaranya berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini menunjukkan kesediaan kerajaan melalui badan penguatkuasaan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana persatuan yang melanggar perundangan negara.

Walaupun rakyat dibenar berpersatuan, namun kerajaan tidak akan berlembut sekiranya mereka menyalahgunakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan itu, katanya menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar di Dewan Negara di sini Khamis.

Abdul Rahman ingin tahun jumlah persatuan haram yang wujud serta tindakan yang sedang dan akan diambil kerajaan bagi menghalang mereka bergerak aktif.

JPPM bertanggung jawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertububuhan, mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan dan keselamatan awam.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata tindakan pengharaman itu dibuat setelah mendapati kumpulan berkenaan menyeleweng daripada tujuan asal pertubuhan, antaranya tidak menjaga kebajikan dan sosial anggotanya serta menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam.

Menurutnya, kementerian melalui JPPM sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan bernotis dan tidak bernotis secara berkala terhadap pertubuhan yang berdaftar dengan jabatan itu.

"Selain itu, JPPM juga membuat pemantauan dan menjalankan operasi bersepadu bersama pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ke atas pertubuhan tidak berdaftar hasil aduan, risikan dan maklumat lain yang diterima," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan