Terpulang Kepada Obama Mahu Jumpa Anwar Atau Tidak - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 9:56 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sama ada mahu berjumpa atau tidak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Itu hak dia (Obama), suka hati dia nak jumpa siapa, saya yang bekas Perdana Menteri ini pun dia tak nak jumpa," kata Dr Mahathir kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kesal Obama yang akan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini Sabtu depan, tidak berjumpa Anwar.

Tambah Dr Mahathir lagi kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Obama daripada berjumpa sesiapa pun termasuk Anwar.

"Kalau tidak puas hati pergi tanya sendiri kepada Obama kita (kerajaan) halang ke atau tidak Anwar nak jumpa," katanya.

Lawatan tiga hari Presiden AS itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan