Rampasan Kapal Tangki Naniwa Maru Kejadian Kedua Seumpamanya Dalam Bulan Ini

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 11:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lanun yang sarat bersenjata merampas sebuah kapal tangki milik Thailand di luar pantai timur Malaysia, mencederakan kapten dan mencuri bahan api diesel dari kapal kargo pada 17 April, menurut Biro Maritim Antarabangsa (IMB), Rabu.

Serangan itu berlaku apabila 16 lanun dengan sebuah bot laju menaiki kapal itu di kawasan gelap dan terlindung kata ketua Pusat Laporan Pelanunan IMB yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Noel Choong.

Serangan itu berlaku sebelum rampasan Naniwa Maru 1 pada Selasa, apabila kira-kira 12 lanun yang bersenjata berjaya menaiki sebuah kapal tangki Singapura di Selat Melaka, menculik tiga krew Indonesia dan mencuri bahan api diesel dari kapal kargo itu.

Pada kejadian 17 April, Choong berkata kapal tangki itu dirampas dari Pulau Aur, di pantai timur Malaysia.

"Lanun yang bersenjata memukul kapten dengan pedang dan memusnahkan peralatan komunikasi," katanya kepada AFP.

Choong tidak mempunyai apa-apa maklumat lanjut mengenai keadaan kapten yang menyelia 14 krew kapal tangki dalam perjalanan dari Singapura ke Kemboja itu.

"Lanun menyalurkan sebahagian daripada diesel kargo ke kapal tangki dan mencuri barang-barang berharga anak kapal sebelum melarikan diri," kata beliau sambil menambah IMB hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada Khamis kerana sistem komunikasi kapal telah rosak.

Choong berkata IMB bimbang mengenai peningkatan serangan di luar Malaysia tahun ini.

Selat Melaka adalah lebuh raya maritim utama menghubungkan Eropah dan Timur Tengah ke Asia.

Serangan di perairan itu menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan rondaan dan kerjasama di antara negara-negara jiran untuk memudahkan jalan air.

Tiada sebarang serangan lanun di perairan Malaysia tahun lepas dan serangan pada Selasa di Selat Melaka adalah yang pertama sejak 2010, menurut data IMB.
Tags / Kata Kunci: Naniwa Maru , rampasan diesel

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan