Polis Sedia Sepenuhnya Sempena Lawatan Rasmi Barack Obama

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 7:23 PM

Barack Obama akan mengadakan lawatan selama tiga hari ke negara ini, bermula Sabtu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan sempena lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama selama tiga hari ke negara ini, bermula Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya sudah mengambil kira pelbagai perkara dan kehadiran orang kenamaan ke negara ini sudah semestinya mendapat perhatian dan keprihatinan pihak berkuasa.

"Saya yakin pucuk pimpinan PDRM dan seluruh agensi kerajaan yang terlibat sudah memepersiapkan keperluan secukupnya. Keprihatinan kita bukan sahaja kepada Presiden Amerika Syarikat tetapi juga terhadap mana-mana jua pemimpin dunia yang berkunjung ke negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Larkin, di sini, Khamis.

Hadir sama, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

Selain Malaysia, Obama juga turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina.
Tags / Kata Kunci: Obama , Malaysia , Datuk Zulkifli Abdullah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan