Polis Percaya 'Orang Dalam' Terlibat Kes Rompakan Kapal Diesel

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 1:59 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Polis tidak menolak kemungkinan kes rompakan diesel berjumlah RM8.2 juta di kapal tangki Naniwa Maru yang didaftarkan di Singapura adalah perbuatan 'orang dalam'.

Rompakan pada pukul 1 pagi itu melibatkan tiga juta liter diesel dan telah dilakukan oleh lapan lelaki dipercayai warga Indonesia, yang bersenjatakan pistol dan parang.

Pada masa kejadian, kapal tangki dengan 18 anak kapal lelaki itu berada kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Ketam.

Timbalan Komandan Operasi/Risik Polis Marin Bukit Aman ACP Abdul Rahim Abdullah berkata polis mengesyaki kes ini mungkin melibatkan orang dalam berdasarkan kepada beberapa petunjuk yang diperolehi semasa siasatan dijalankan.

Beliau berkata, selepas memindahkan diesel ke dua kapal tangki lain dengan cara 'sedutan' suspek melarikan tiga kru kapal yang penting, iaitu kapten, ketua kru kapal dan ketua jurutera.

“Suspek mengambil masa lapan jam untuk membuat pemunggahan diesel dari kapal tangki itu ke kedua-dua kapal tangki yang telah merapati kapal tersebut dan sejumlah tiga juta liter isipadu minyak diesel bernilai RM 8 juta berjaya diisi dan dilarikan,” katanya.

Kru kapal yang dilarikan oleh perompak tersebut dikenali sebagai Farizal, Mohamad Alfan dan Ariyandi Alhafsyah.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960.
Tags / Kata Kunci: Naniwa Maru , diesel , rompak

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan