Kerajaan Akan Terus Pastikan Rakyat Dapat Manfaat Daripada RTC - PM

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 8:18 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat melawat kedai KOOP 1Malaysia selepas merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Napoh di Jitra, Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JITRA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan supaya rakyat terus mendapat manfaat daripada Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) termasuk menghubungkannya dengan Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Perdana Menteri berkata melalui usaha itu barang-barang yang boleh diperoleh dengan harga agak murah di RTC dapat dipasarkan di UTC. 

Sebab itu usaha mewujudkan RTC mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai selain membawa kesejahteraan kepada masyarakat di luar bandar untuk memasarkan hasil produk mereka, katanya.

Keadaan itu menyebabkan ramai orang berebut-rebut untuk mendapatkan lot-lot perniagaan yang disediakan di RTC, katanya semasa berucap merasmikan RTC Napoh, dekat sini, Khamis.

Katanya kerajaan akan terus melaksanakan program latihan kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan kemahiran termasuk kepada mereka yang berhasrat membabitkan diri dengan agroperniagaan, menjadi petani moden atau menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Najib berkata RTC Wakaf Che Yeh di Kota Baharu, Kelantan menunjukkan impak paling memberangsangkan dengan mencatatkan nilai jualan melebihi RM214.9 juta dan pengunjung mencecah 2.1 juta orang sejak dilancarkan pada 2012.

Sehingga kini, 634 peniaga dan usahawan beroperasi di RTC itu berbanding 378 orang sahaja pada akhir 2011, katanya.

Perdana Menteri yakin RTC Napoh akan berjaya kerana kedudukannya yang strategik di tepi laluan utama yang mudah dikunjungi termasuk kira-kira 2,000 pelajar antarabangsa yang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen.

RTC Napoh yang terletak kira-kira 15 kilometer sahaja dengan sempadan Malaysia/Thai di Bukit Kayu Hitam dijangka dapat meningkatkan industri pelancongan khususnya dalam usaha menarik pelancong Thailand berbelanja di RTC Napoh, katanya.

Najib berkata keunikan RTC adalah kerana harga barangan jualannya yang berpatutan menyebabkan tiada langsung aduan oleh pembeli diterima pihak berkuasa.

Perdana Menteri berkata konsep RTC yang diperkenalkan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) tidak bermakna pembangunan prasarana di luar diketepikan dengan hanya membina pusat tersebut.

Katanya sejak tahun 2010 hingga 2013, sebanyak 309,202 buah rumah telah disambung dengan bekalan air bersih di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) manakala 115,096 rumah lagi mendapat bekalan eletrik di bawah Program BELB.

Lebih 4,000km jalan luar bandar dibina dan dibaik pulih melalui Program Jalan Luar Bandar (JALB) dan 61,062 buah rumah dibina dan dibaik pulih melalui Program Bantuan Rumah (PBR), kata Najib.

RTC Napoh yang terletak di tepi lebuh raya Utara Selatan arah utara mempunyai 44 ruang niaga tetap dengan sembilan agensi kerajaan serta 18 kios pameran dan bengkel Kecil dan Sederhana beroperasi di atas tapak seluas empat hektar dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Di majlis itu, Najib menyampaikan watikah pelantikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kepada Pegawai-Pegawai Daerah yang mewakili anggota JKKK serta sumbangan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Lebih 5,000 orang menghadiri majlis perasmian itu.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Tags / Kata Kunci: RTC , Datuk Seri Najib Tun Razak , UTC

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan