PKR Jangka 38 Peratus Ahli Mengundi Dalam Pemilihan Parti

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 7:13 PM

Datuk Johari Abdul.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PKR menjangkakan 38 peratus ahlinya akan mengundi untuk pilihan raya parti yang bermula dari Sabtu ini hingga 11 Mei.

Pengarah Pilihan Raya Datuk Johari Abdul berkata jangkaan menunjukkan berlakunya peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding 30 peratus yang dicatatkan pada tahun 2010.

"Dalam mana-mana pilihan raya, akan ada ahli-ahli yang tidak komited untuk mengundi atau mempunyai komitmen lain.

"Terdapat kira-kira setengah juta pengundi, ada di antaranya dari kawasan pedalaman dan kita tidak boleh mengharapkan perubahan yang lebih tinggi," katanya.

Johari berkata tidak seperti pilihan raya parti-parti lain, setiap ahli PKR berhak untuk mengundi pemimpin mereka.

"Sebanyak mungkin, kita akan menggalakkan semua ahli untuk mengundi," katanya.

Sejumlah 496,923 pengundi layak mengundi, bermula dengan Sarawak, Kelantan, Pahang dan Terengganu pada minggu ini yang bermula Sabtu.

Minggu berikutnya pilihan raya akan diadakan di Johor, Melaka serta baki Sarawak dan Sabah, Kedah dan Perlis pada 3 Mei dan Perak dan Pulau Pinang pada 4 Mei.

Pengundi-pengundi di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan membuang undi pada 10 Mei, diikuti oleh Selangor pada 11 Mei.
Tags / Kata Kunci: pemilihan PKR , Datuk Johari Abdul

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan