Petronas Sedia Dapatkan Aset Baharu Untuk Operasi Mencari MH370

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 9:42 AM

Petronas sentiasa menyokong usaha mencari MH370

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Petronas tidak keberatan mendapatkan aset baharu bagi operasi mencari pesawat MH370 yang memasuki hari ke-47, dan syarikat minyak dan gas itu tidakpun membincangkan soal wang.

Beliau berkata pihaknya telah berbincang dengan Petronas berhubung penglibatan badan komersial dalam operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu.

"Dalam beberapa hari lagi, kami akan berunding dengan beberapa pihak lain untuk melihat kemungkinan menambah aset yang boleh dibekalkan untuk pencarian di laut dalam," katanya.

Beliau mengambil perhatian ketika operasi mencari memasuki fasa berikutnya, negara yang tidak dapat turut serta sebelum ini, kini tampil untuk memberi bantuan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

"Ini memerlukan aset laut dalam, mungkin Bluefin-21, lebih banyak kenderaan selam yang agak mahal.

"Namun saya berterima kasih kerana banyak pihak di luar sana berminat menyertai operasi," katanya.

Menurut menteri itu, apa jua siasatan yang dibuat sebelum ini akan dilaporkan kepada pasukan pakar bebas itu untuk mereka nilai, agar tidak wujud unsur prasangka dan spekulatif.

"Apa yang kita mahu ialah penilaian bebas tentang siasatan yang telah dibuat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata DCA telah menghantar laporan awal mengenai nahas itu kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Kami belum buat sebarang keputusan sama ada akan menyiarkannya kepada media atau orang ramai," kata beliau.


Tags / Kata Kunci: Petronas , aset baharu , MH370 , MAS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan