MBSA Tamat Kontrak 25 Syarikat Kontraktor Penyelenggaraan

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 8:29 PM

Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menamatkan kontrak 25 syarikat kontraktor yang menjalankan kerja membersih bandar raya itu berikutan kegagalan mereka mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan spesifikasi yang ditetapkan.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata tindakan tegas itu diambil bagi memastikan kerja pembersihan di sekitar Bandaraya Shah Alam tidak terganggu.

"Kebanyakan kontraktor ini berpengalaman tetapi disebabkan mereka melakukan kerja sambil lewa, kami terpaksa menghentikan perkhidmatan mereka akhir tahun lepas walaupun kontrak mereka tamat pada tahun ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.

Mohd Jaafar berkata MBSA memperuntukan sebanyak RM80 juta setahun bagi tujuan perkhidmatan pembersihan awam dan penyelenggaraan longkang di kawasan MBSA.

"Sebelum tindakan itu dibuat, MBSA terlebih dahulu memberi tiga kali notis kepada kontraktor, sekiranya perkhidmatan mereka masih tidak memuaskan kontrak perkhidmatan akan ditamatkan.

"Kita sentiasa membuat pemantauan di lapangan bagi memastikan tahap kebersihan di seluruh kawasan MBSA berada dalam spesifikasi yang dikehendaki," tambahnya.

Kontraktor yang telah ditamatkan kontrak akan turut disenarai hitam dan dilarang mendaftar selama dua tahun bagi mana-mana tender yang ditawarkan MBSA.

Katanya setakat ini MBSA mempunyai lebih 500 kontraktor yang menguruskan kerja-kerja pembersihan taman, pembersihan jalan, penyelenggaraan jalan, kutipan sampah domestik dan pembersihan awam.
Tags / Kata Kunci: MBSA , kontrak , Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan