MAS Bayar 96 Peratus Tuntutan Waris Penumpang Warga China

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 8:21 AM

Sebahagian daripada keluarga penumpang pesawat MH370 dari China menyertai upacara keagamaan bagi memperingati pesawat MH370 di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 6 April lalu.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) telah melunaskan 96 peratus tuntutan yang dikemukakan oleh waris penumpang warga China pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas, kata Naib Presiden Kanannya Jaffar Derus Ahmad.

Beliau berkata dari 8 Mac hingga 21 April lepas, pihaknya telah menerima 124 tuntutan bayaran balik daripada 400 anggota keluarga penumpang warga China yang tinggal di Hotel Lido di sini.

Beliau berkata daripada jumlah tuntutan itu, sebanyak 86 peratus atau 106 tuntutan telah dibayar sepenuhnya kepada saudara mara penumpang.

"Ada sebanyak 10 tuntutan telah diluluskan oleh ibu pejabat dan kami sedang dalam proses memindahkan wang ke akaun anggota keluarga," katanya kepada sesi taklimat hairan kepada saudara mara penumpang MH370 di sini, Rabu.

Bagaimanapun, katanya, terdapat tiga tuntutan diluluskan oleh ibu pejabat MAS tetapi ditolak oleh waris penumpang.

Jaffar bagaimanapun enggan menjelaskan butiran tuntutan yang dikemukakan oleh waris penumpang warga China itu apabila ditanya oleh wartawan Malaysia selepas sesi taklimat itu.

Semasa taklimat itu, salah seorang waris, Jiang Hui berkata mereka tidak akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin semasa lawatannya ke Beijing kecuali beliau boleh menjawab soalan teknikal berhubung MH370.

Pada Rabu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Hamzah, yang juga pengerusi jawatankuasa waris, sudah berada di Beijing untuk memberi taklimat kepada keluarga mangsa.

Difahamkan Hamzah berada di sini untuk menemui pihak berkuasa China bagi membincangkan isu-isu berkaitan kehilangan pesawat itu.

Pada sesi taklimat Rabu, waris penumpang mendesak wakil MAS supaya memberitahu nombor siri kotak hitam penerbangan MH370.

Mereka sukar menerima penjelasan walaupun Jaffar berulang kali menyatakan dokumen berkaitan MH370 'dikunci' oleh pihak berkuasa siasatan sejak hari pertama kehilangan pesawat itu.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL jam 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kini tertumpu di bahagian selatan Lautan Hindi.
Tags / Kata Kunci: MAS , Beijing , China , MH370 , Jaffar Derus Ahmad

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan