PRK Bukit Gelugor: Cuti Anggota Polis Dibekukan

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 5:04 PM

Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sejumlah kira 6,000 anggota polis di Pulau Pinang akan dibekukan cuti sehingga notis selanjutnya dalam persediaan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata anggota-anggotanya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan semasa tempoh berkempen, penamaan calon dan hari pengundian.

"Kami bersedia untuk pilihan raya kecil itu . Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menangani keadaan.

"Saya menyeru ahli-ahli parti politik yang terlibat untuk memberi kerjasama untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang tempoh berkempen sehingga hari mengundi," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di pasar Bayan Baru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei untuk penamaan calon dan 25 Mei untuk hari pengundian.

Apabila ditanya sama ada polis Pulau Pinang akan mendapat bantuan penguatkuasaan dari negeri lain, beliau tidak melihat keperluan untuk berbuat demikian.

"Kita akan melihat keadaan.

"Saya lebih suka polis tempatan untuk menjalankan tugas kerana mereka lebih biasa dengan kawasan pilihan raya itu.

"Mungkin kita akan mendapatkan bantuan daripada kontinjen lain supaya anggota polis mereka ditempatkan di pusat-pusat operasi polis," katanya.

Kerusi ini telah kosong berikutan kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh.

Karpal, yang menerajui kerusi itu sejak 2004 meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dengan pembantunya Michael Cornelius di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung minggu lepas.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan