PRK Bukit Gelugor: BN Tunggu Kata Putus MCA - Tengku Adnan

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 3:44 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sedang menunggu kata putus daripada MCA sama ada parti komponen itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang bulan depan atau sebaliknya.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata MCA sepatutnya bertanding dalam PRK itu memandangkan kerusi Bukit Gelugor merupakan kerusi tetap MCA. 

"Buat masa ini kita (BN) belum dapat sebarang kepastian daripada MCA dan kita masih menunggu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Wilayah Persekutuan di sini, Khamis.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, 17 April lepas akibat nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon MCA, Teh Beng Yeam.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas pada Khamis menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor, penamaan calon, 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei. 


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan