MH370: Adakah Sesuatu Telah Ditemui? - Berita Semasa | mStar

MH370: Adakah Sesuatu Telah Ditemui?

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan sidang media mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, pada Rabu. 

Hishammuddin menerusi akaun Twitter H20Comms memaklumkan, sidang media itu akan diadakan pada 6 petang di sebuah hotel di sini. 

Kehilangan MH370 bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal kini masuk hari ke-47.

Pesawat tersebut hilang daripada pengesanan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.


Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan