47 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Bandar Baharu

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 3:16 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

BANDAR BAHARU: Sebanyak 47 rumah di enam kampung dalam Mukim Serdang, di sini rosak teruk dalam kejadian ribut petang Selasa.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bandar Baharu, Adnan Abdul Rashid berkara kampung terbabit ialah Kampung Majidi (24 rumah), Kampung Batu 6 (empat), Kampung Batu 18 (12), Kampung Leret (satu), Kampung Ee Guan (dua) dan Kampung Chio Meng (empat).

"Kira-kira 200 penduduk dipindahkan ke Pusat khidmat Cure & Care Serdang, kerana rumah mereka roboh dilanda ribut dan bumbung diterbangkan angin kuat dalam kejadian 6 petang semalam," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Beliau berkata mangsa dibekalkan makanan, tikar, kain pelikat dan batik oleh kakitangan JKM sejak malam tadi, sementara kerja-kerja bancian ke atas mangsa dijalankan 14 petugas JKM sejak pagi tadi.

Beliau berkata Exco Kedah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu, Noorsabrina Mohd Noor bersama Pegawai Daerah Bandar Baharu, Datin Sepiah Isa meninjau ke kampung terbabit untuk melihat sendiri kerosakan akibat ribut itu.,


Tags / Kata Kunci: ribut , Bandar Baharu , rumah rosak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan