Pembantu Rumah Karpal Selamat Jalani Pembedahan Mata

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 8:05 PM

Keadaan kenderaan yang dinaiki Karpal yang terlibat dalam kemalangan Khamis lalu.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pembantu rumah Indonesia kepada mendiang Karpal Singh selamat menjalani pembedahan untuk membuang serpihan kaca daripada matanya.

Bagaimanapun polis tidak dapat mengambil kenyataan awal daripadanya yang baru sahaja sedar dari koma baru-baru ini berhubung kemalangan maut yang meragut nyawa Karpal serta pembantunya Michael Cornelius.

"Kami memberikannya satu minggu untuk pulih daripada pembedahan dan trauma emosi sebelum meneruskan siasatan.

"Kami juga sedang menunggu siasatan forensik dihantar kepada kami mengenai sebab kemungkinan kemalangan selepas mereka selesai memeriksa bukti-bukti fizikal," kata Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon.

Pembantu rumah itu menaiki Toyota Alphard yang berlanggar dengan sebuah lori lima tan di Lebuh Raya Utara Selatan di sini Khamis lepas.

Sementara itu Ng berkata pemandu lori menjalani pemeriksaan air kencing dan ujian dadah.

"Ia akan mengambil masa kira-kira satu bulan sebelum kita boleh mendapatkan keputusan yang dimuktamadkan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

DAP Perak juga akan mengadakan malam peringatan bagi Karpal.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan