PAS Teruskan Agenda Laksana Hudud, Dakwa DAP Dan PKR Tiada Hak Campur Tangan

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 10:55 PM

Mohd Amar

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: PAS akan meneruskan agenda melaksanakan hukum hudud di peringkat negeri dan mengingatkan parti-parti daripada rakan sekutunya bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS Kelantan sekali lagi memberi peringatan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka tidak berhak untuk menghalang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Katanya, cadangan melaksanakan hukum hudud itu telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 lagi menerusi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan.

Beliau berkata, cadangan yang diluluskan sejak 21 tahun lepas itu tidak berkaitan dengan perjanjian pakatan pembangkang.

"Perjanjian (Majlis Pimpinan Pembangkang) dan permuafakatan dalam pakatan pembangkang menyatakan untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara.

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan parti itu tidak menyokong pelaksanaannya.

"Saya juga tidak faham mengapa DAP dan PKR mempertikaikan usaha kita untuk melaksanakan hukum hudud sedangkan manifesto juga terdapat di peringkat negara serta negeri," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini, Rabu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sebelum ini berkata kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu, akan membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian (Hukum Hudud) ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan enakmen berkenaan selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Mengulas cadangan pelaksanaan hukuman itu beliau berkata pihaknya merancang untuk menggunakan perkhidmatan pakar bedah bagi tujuan memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun depan.

"Selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya," katanya.

Katanya hukuman itu dilihat lebih berkesan daripada Kanun Tatacara Jenayah yang diamalkan sekarang apabila semua pesalah perlu menjalani hukuman penjara selain ia juga membebankan kerajaan menanggung kos tahanan terbabit.

Mohd Amar berkata undang-undang berkenaan hanya akan melibatkan umat Islam dan orang bukan Islam sepatutnya tidak perlu takut dengan pelaksanaan hukum Hudud.
Tags / Kata Kunci: hudud , PAS , Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan