MCA Buat Keputusan Tanding Di Bukit Gelugor Tidak Lama Lagi - Liow

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 10:05 PM

Liow Tiong Lai

Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA akan membuat keputusan sama ada mahu bertanding kerusi Parlimen Bukit Gelugor tidak lama lagi, kata presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata parti itu akan membincangkan mengenai kerusi itu dengan parti-parti komponen Barisan Nasional dalam mesyuaratnya.

"Keputusan akan dibuat tidak lama lagi. Kita sentiasa mengadakan mesyuarat dan perkara itu boleh dibincangkan pada bila-bila masa," kata beliau sambil menambah mesyuarat itu perlu mencapai konsensus mengenai kerusi berkenaan.

Liow berkata demikian selepas berdialog dengan wakil-wakil dari 53 pertubuhan  dan persatuan Cina di Wisma MCA di sini pada Rabu.

Kerusi Bukit Gelugor kosong selepas Ahli Parlimen dan pemimpin kuat DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan kereta berhampiran Gua Tempurung di Lebuhraya Utara Selatan pada 17 April.

Setiausaha Agung Barisan Nasional  Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dilaporkan berkata kerusi itu akan ditandingi oleh MCA kerana kawasan pilihan raya itu terdiri daripada 74 peratus pengundi Cina.

Mengenai dialog yang diadakan, Liow berkata MCA dan pertubuhan-pertubuhan sebulat suara berazam untuk menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan oleh PAS untuk dibentangkan di Parlimen.

Beliau berkata MCA menghormati semangat Karpal terhadap pelaksanaan undang-undang hudud dan mendesak DAP untuk 'belajar daripadanya'.

"DAP perlu berhenti bermain politik mengenai perkara ini kerana ia memberi kesan kepada orang ramai. Orang ramai bijak dan boleh menilai sendiri mengenai bagaimana perkara ini ditangani," katanya.
Tags / Kata Kunci: Bukit Gelugor , MCA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan