Keputusan Calon Matrikulasi Diketahui Khamis

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi mulai Khamis.

Pengumuman keputusan berkenaan adalah bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2013.

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang KPM di www.moe.gov.my.

Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015, calon dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Tarikh pendaftaran sesi berkenaan akan diadakan pada ketetapan berikut iaitu Kolej Matrikulasi Labuan dan Perlis (19 Mei 2014);  Kolej Matrikulasi Sarawak, Kedah dan Kelantan (25 Mei 2014) dan Kolej Matrikulasi lain di seluruh Semenanjung pada 26 Mei 2014.

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan terus menerusi laman sesawang KPM mulai 24 April 2014 hingga 8 Mei 2014. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup pada 8 Mei 2014 tidak akan dipertimbangkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Matrikulasi, KPM di talian 03-88844036 / 4040 / 4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan