Hudud: PKR Masih Berdolak-Dalih

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 2:34 PM

Dr Wan Azizah Wan Ismail.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berdolak-dalih mengenai pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda utama sekutu dalam Pakatan Rakyat sendiri iaitu PAS.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata isu tersebut sengaja dibangkitkan semula untuk memecahbelahkan parti di dalam Pakatan Rakyat.

"Isu ini sering dimainkan oleh pihak musuh kerana mereka ingin lihat parti dalam Pakatan Rakyat berpecah-belah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Jelas Wan Azizah, pelaksanaan hukum hudud sebenarnya masih lagi diperhalusi oleh ketiga-tiga parti ketika ini.

"Ia masih lagi diteliti dan keputusan akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

"Kita adakan perjumpaan (untuk berbincang mengenainya) pada Majlis Presiden Pakatan Rakyat," katanya.

Wan Azizah berkata, PAS perlu diberi peluang untuk memberi penjelasan dan pemahaman kepada sekutunya mengenai pelaksanaan undang-undang Islam itu.

"Kita minta PAS untuk perjelaskan hasrat mereka berhubung perkara itu.

"Kita berpegang kepada Perlembagaan negara iaitu Islam adalah negara rasmi tetapi pada masa sama menghormati kebebasan agama lain," katanya.

Hukum hudud kembali hangat diperkatakan apabila, kerajaan PAS Kelantan bertegas mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan daripada sekutunya, DAP dan PKR.

Pendirian itu dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 10 April lalu yang turut memberi gambaran jelas bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan sesekali berganjak daripada keputusan tersebut.

Terdahulu, Anwar berkata, PAS perlu ruang secara adil untuk memberikan penjelasan dan pemahaman secara terpinci kepada sekutu mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud.

"Perkara ini perlu dilihat berasingan dalam konteks Kelantan dan Pakatan Rakyat. Kita hormati enakmen yang diluluskan sebelum pakatan pembangkang ditubuhkan," kata Anwar.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan