Catuan Dihentikan Bila Air Di Empangan Sungai Selangor Meningkat 42 Peratus - Abdul Khalid

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 8:22 PM

empangan
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor sedia menghentikan catuan air yang dilaksana sejak Mac apabila paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat ke 42 peratus, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Rabu. 

Beliau berkata setakat pukul 8 pagi ini, paras air di empangan itu masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu. 

Katanya, walaupun empangan lain terus menunjukkan peningkatan melebihi paras 50 peratus namun empangan ini hanya membekalkan sebahagian kecil air kepada pengguna.
Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus keperluan pengguna di Lembah Klang. 

"Seperti yang diumumkan semalam kerajaan negeri telah mengenal pasti usaha untuk menambah bekalan air mentah dan jika hasilnya positif, kita bersedia untuk mengkaji semula pelan catuan air," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini.

"Kita berharap rakyat terus bersabar dan memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah ini termasuk usaha kita membuat persiapan awal...menghadapi musim kering," katanya. 

Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan sidang akhbar setiap dua hari sekali bermula Jumaat ini bagi memaklumkan perkembangan semasa bekalan air mentah.

Sidang akhbar itu akan dikendali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi; Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN); dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Tags / Kata Kunci: catuan , SElangor , 42 peratus

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan