Anwar Tanding Bukan Untuk Halang Calon Lain Teraju PKR - Wan Azizah

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 3:18 PM

Anwar (kiri) menarik diri daripada bertanding kerana kekangan Akta Pertubuhan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan kononnya, tindakan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghalang pemimpin lain daripada menerajui parti.

Beliau berkata, walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar didapati bersalah atas pertuduhan liwat, keputusan beliau untuk bertanding jawatan tertinggi parti membuktikan kesungguhannya untuk menerajui PKR.

"Tak benar...tak benar. Itu sekadar dakwaan, bukan percaturan politik. Peringkat pimpinan tertinggi parti telah buat keputusan bahawa sudah tiba masanya beliau (Anwar) menerajui parti namun dihalang oleh keputusan mahkamah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Menurut Wan Azizah, keputusan Anwar menarik diri adalah disebabkan kekangan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau daripada bertanding selepas diputuskan bersalah oleh Mahkamah Rayuan.

"Namun, saya yakin halangan itu akan terus membakar semangat Anwar untuk meneruskan agenda perubahan di Malaysia," katanya.

Anwar berhadapan hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Susulan pengunduran itu, jawatan Presiden akan kekal disandang Wan Azizah yang menang tanpa bertanding.

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan PKR yang disifatkan sebagai sebuah parti yang didominasi oleh ahli keluarganya, Wan Azizah berkata; parti itu mengamalkan sistem demokrasi kerana pelantikan kepimpinan tertinggi diputuskan melalui proses pemilihan parti.

"Kita mengamalkan sistem demokrasi kerana melalui pemilihan parti satu undi satu anggota. Yang lain boleh bertanding...tak ada halangan, tapi anggota beri kita peluang. Penerimaan saya sebagai Presiden selama 15 tahun tidak boleh dipertikaikan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan