Anwar Tarik Diri, Wan Azizah Menang Tanpa Bertanding

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 12:01 PM

Anwar Ibrahim
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung akhir bulan ini.

Berikutan itu, kerusi Presiden parti berkenaan akan kekal disandang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menang tanpa bertanding.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Johari berkata, ketua pembangkang menyerahkan surat bagi memaklumkan keputusan beliau menarik diri pada 19 April lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, Anwar tidak menyatakan punca beliau menarik diri pada pemilihan kali ini.

"Selepas melalui beberapa hari yang sukar berikutan kematian Karpal Singh (peguam Anwar), Anwar membuat keputusan tersebut atas nasihat barisan peguamnya untuk fokus terhadap kes beliau.

"Kami tidak mahu Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan kerajaan mengambil kesempatan (terhadap keputusan bertanding), oleh itu beliau mengambil keputusan untuk menarik diri," katanya.

PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh RoS sekiranya Anwar meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden.

Pendirian Anwar untuk bertanding sebelum ini menimbulkan persoalan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 7 Mac lalu.

Ketika ditanya mengenai jumlah calon bagi jawatan tertinggi yang lain, Johari berkata, tiada calon menarik diri setakat hari ini (Selasa).

Pemilihan parti itu akan berlangsung pada 25 April hingga 11 Mei ini.

Dalam perkembangan berasingan, Johari berkata, beberapa pemimpin PKR yang bertanding merebut jawatan tertinggi parti akan dipanggil untuk pendengaran tatatertib berkaitan wujudnya dakwaan pelanggaran etika kempen menjelang pemilihan parti pada Rabu.

Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mempertahankan jawatan itu dan pencabarnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan dipanggil berhubung kenyataan mereka kepada media.

Azmin didakwa mengeluarkan kenyataan di TV3 yang dilihat sebagai cubaan menjatuhkan pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala Saifuddin didakwa menyerang peribadi Azmin dan Abdul Khalid menerusi wawancara disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Sabtu lalu.




iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan