Sekatan Masuk Sarawak Jejas Persiapan PKR Hadapi PRN - Rafizi

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 1:58 PM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa tindakan pihak berkuasa Sarawak menghalang beliau memasuki negeri itu buat kali kedua pada petang Isnin sebagai usaha untuk menjejaskan persediaan jentera pilihan raya parti itu yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Jelas Rafizi, sekatan kali kedua itu memberi gambaran bahawa PRN Sarawak akan diadakan pada tahun depan.

"Saya yakin sekatan ini ada kaitan dengan persediaan pilihan raya negeri yang dijangka diadakan tahun depan dan persiapannya sedang giat dijalankan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa beliau tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada petang Isnin untuk menghadiri satu perjumpaan dengan pimpinan parti negeri berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen bahawa saya disenaraihitamkan dari masuk ke negeri itu," katanya.

Justeru, Rafizi menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat untuk mencabar penyalahgunaan kuasa tersebut.

Rafizi pernah dilarang memasuki Sarawak bersama dengan Naib Presiden PKR, Tian Chua untuk berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian pada 25 Mac lalu.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri bertanding jawatan Presiden pada pemilihan PKR, Rafizi menjawab ringkas: "Saya sendiri tidak tahu mengenai keputusan itu dan enggan mengulas lebih lanjut. Biarlah kita dengar penjelasan dari beliau sendiri (Anwar)."

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan