Hanya 2.3 Peratus Panggilan Diterima MERS 999 Benar - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 8:53 AM

Anggota bomba perlu melayan semua panggilan yang diterima Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999 di Menara Annexe 2 di sini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya 2.3 peratus daripada jumlah purata 83,000 panggilan kecemasan yang diterima perkhidmatan Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 setiap hari adalah benar, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, majoriti panggilan atau 76 peratus yang diterima pusat MERS 999 di ibu kota, Melaka dan Sarawak adalah panggilan senyap disebabkan tindakan pengguna telefon pintar tertekan butang panggilan kecemasan.

"Ada juga panggilan palsu, atau individu sengaja telefon untuk berbual dengan operator. Mereka (operator) perlu layan panggilan seperti ini kerana tidak tahu jika itu adalah panggilan yang benar," katanya ketika berucap pada taklimat bersempena lawatan Anggota Parlimen ke Pusat Panggilan MERS 999 di Telekom Malaysia Annexe 2 di sini, malam Isnin.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery mengucapkan terima kasih kepada operator MERS 999 yang tenang dan sabar melayan berpuluh-puluh ribu panggilan sehari, walaupun jumlah petugasnya hanya 20 orang bagi setiap syif selama lapan jam.

"Penting untuk mereka bertenang dan membantu individu yang membuat panggilan tenang supaya dapat memberi maklumat yang diperlukan kerana bencana datang tanpa diduga dan dalam masa seperti itu, jangka masa pendek seperti tiga minit boleh menentukan hidup mati seseorang," katanya.

Ditanya perancangan bagi mengatasi masalah panggilan senyap dan palsu, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan terus mendidik masyarakat untuk tidak terus menyalahgunakan nombor itu agar manfaat sebenar, iaitu memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan, tidak tersasar.

"Selain itu, masalah ini juga disebabkan begitu mudah untuk kita tertekan nombor panggilan kecemasan kerana jika telefon diletakkan kata laluan, nombor kecemasan masih boleh ditekan, begitu juga jika tidak mempunyai kredit.

"Kita mahu kurangkan panggilan tidak benar kerana ini mencerminkan mentaliti masyarakat kita. Ini (pusat panggilan kecemasan) adalah aset negara dan kita mahu masyarakat tahu bahawa mereka yang menyalahgunakan kemudahan ini boleh dikesan kerana nama dan alamat mereka terpapar apabila mereka menghubungi MERS 999," katanya.

Lawatan ke MERS 999 diadakan untuk memberi pendedahan kepada Anggota Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang berkaitan operasi dan tindakan yang diambil sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima. Taklimat itu disampaikan Pengarah Projek pusat panggilan itu Ir Rozinah Anas.

Sementara itu, dalam majlis sama, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Shahril Tarmizi berkata pihaknya akan bekerjasama dengan polis bagi membendung kegiatan perjudian secara online, khususnya membabitkan Piala Dunia yang akan berlangsung pada 12 Jun depan di Brazil.

Tags / Kata Kunci: MERS 999 , Ahmad Shabery Cheek , kecemasan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan