Kos Operasi Lahad Datu Turut Diaudit

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap perbelanjaan daripada peruntukan untuk menjayakan Ops Daulat susulan pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal tahun lepas, tidak terlepas daripada diperiksa Jabatan Audit Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pengauditan ke atas perbelanjaan aktiviti pasukan keselamatan yang terlibat juga dibuat secara spesifik, bukannya bersepadu.

"Insiden di Lahad Datu merupakan pencerobohan pengganas secara berkumpulan dan kesiapsagaan ketenteraan melibatkan kerjasama banyak pihak, yang tentunya menggunakan peruntukan yang banyak.

"Namun, Jabatan Audit dari semasa ke semasa membuat pengauditan secara langsung terhadap projek dan aktiviti jabatan atau pasukan keselamatan yang terlibat, malah memberi jaminan tiada satu pun aktiviti terlepas daripada pandangan dan perkiraan mereka," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Saiful Izham Ramli pada sidang Dewan Negara di sini pada Selasa.

Saiful Izham ingin tahu sama ada Jabatan Audit Negara terlepas pandang terhadap 'ribuan juta ringgit' yang dilaburkan kerajaan yang dilihat tidak membawa sebarang kesan kepada keadaan keselamatan negara, contohnya kes Lahad Datu dan MH370.

Shahidan berkata jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Kementerian Pertahanan bagi operasi itu adalah sebanyak RM89.4 juta, Polis Diraja Malaysia (RM30.1 juta), Kementerian Dalam Negeri (RM49.9 juta) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia RM6.4 juta.

Beliau berkata Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diwujudkan bagi memantau dan menyelaras operasi pasukan keselamatan selepas insiden itu telah diberikan peruntukan sebanyak RM2.9 juta.

Namun, sejumlah RM17 juta telah dikembalikan kepada Unit Perancang Ekonomi selepas operasi ditamatkan, katanya.

Dalam pada itu, Shahidan meminta Saiful Izham supaya membetulkan penggunaan perkataan 'ribuan juta' yang digunakan dalam soalannya kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kerana jelas bertentangan dengan jumlah sebenar peruntukan yang diberikan.

"Dakwaan ribuan juta digunakan tidak tepat sama sekali sebab ia sebenarnya merujuk kepada perbelanjaan mencecah bilion ringgit... itu tidak benar," katanya.

Berhubung perbelanjaan bagi operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, Shahidan berkata beliau tidak mempunyai statistik berkenaan kerana MAS tidak berada di bawah bidang kuasa Jabatan Audit Negara.


Tags / Kata Kunci: Dewan Negara , Lahad Datu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan