DAP Pulau Pinang Bermesyuarat Berhubung Kerusi Bukit Gelugor Khamis Ini

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 1:33 PM

dap pulau pinang
(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat pada malam Khamis bagi membuat persiapan awal berhubung pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor.

Timbalan Setiausaha Publisiti DAP negeri, Ng Wei Aik berkata, jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti akan memutuskan mengenai siapa yang akan menjadi calon bagi parti itu.

Kekosongan kerusi parlimen Bukit Gelugor itu berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh pada Khamis lepas.

"Saya tidak boleh membuat spekulasi mengenai siapa yang akan terpilih," kata Ng ketika ditanya sekiranya anak Karpal akan dicalonkan.

Timbul spekulasi bahawa peguam Ramkarpal, 38, anak ketiga Karpal, mungkin akan dipilih sebagai calon.

Turut terdapat kemungkinan mengenai parti itu akan memilih Sangeet Kaur, 34, seorang peguam, yang merupakan anak keempat Karpal daripada lima beradik.

Anak bongsu Karpal bernama Mankarpal, 26.

Anak sulung Karpal, Jagdeep, 43, seorang peguam, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat serta anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Anak kedua Karpal, Gobind, 41, juga seorang peguam merupakan Ahli Parlimen Puchong.

Karpal, 74, meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak pada Khamis lalu.

iklan

Video

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 5:00 PM

Wow... Gaya 5 Selebriti Di Pagi Raya

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan