Dua Inisiatif Utama Untuk Autisme - PM

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 12:37 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa merasmikan Seminar Antarabangsa Berhubung Autisme 2014 di sini dan mengumumkan dua inisiatif utama iaitu penubuhan Pusat Autisme Kebangsaan dan mengisytiharkan projek PERMATA Kurnia sebagai Pusat Kecemerlangan Kebangsaan bagi Autisme.

Beliau berkata Pusat Autisme Kebangsaan diusahakan memandangkan kerajaan mahu mewujudkan satu sistem campur tangan awal yang komprehensif, menyokong dan memperkasakan keluarga dan memastikan tenaga golongan profesional yang berkesan dan mencukupi bagi menangani autisme.

Najib berkata pusat itu akan beroperasi menjelang Mei tahun depan.

"Berikutan fenomena peningkatan autisme di peringkat global, banyak negara bertindak balas kepadanya secara proaktif dengan pelan tindakan nasional yang preskriptif bagaimana untuk mewujudkan satu sistem campur tangan awal yang komprehensif, menyokong dan memperkasa keluarga bagi memasikan wujudnya tenaga golongan profesional yang berkesan dan mencukupi dalam bidang ini," katanya.

Lebih 1,000 peserta tempatan dan luar negara menyertai seminar dua hari berhubung autisme di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Penaung seminar itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , Autisme , Putrajaya

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan