Catuan Air Masih Belum Boleh Ditarik Balik - Awer

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 10:03 AM

empangan
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa empangan di Selangor berada di atas paras bahaya disebabkan cuaca hujan namun masalah yang dihadapi sekarang adalah empangan Sungai Selangor yang menyediakan air untuk 60% penduduk Lembah Klang tidak mempunyai bekalan air mencukupi.

Maka ia tidak kelihatan seperti catuan air akan dimaklumkan pada bila-bila masa tidak lama lagi.

Keadaan itu akan bertambah buruk dalam musim kering selama lima bulam akan datang dari Jun sekiranya catuan air bagi mereka bergantung kepada empangan Sungai Selangor ditarik balik.

"Walaupun empangan mencapai paras 55% pada Mei, kita tidak perlu menarik balik catuan kerana jurang antara bekalan dan permintaan akan menjadi terlalu kecil," kata Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S. Piarapakaran.

"Sebaik-baiknya, operator air perlu dijalankan pada margin rizab 20% daripada air yang dirawat, tetapi Lembah Klang mencatatkan margin rizab di bawah 5% pada masa ini," katanya.

Kerajaan Selangor berkata, pelaksanaan catuan air di negeri ini akan berhenti apabila empangan Sungai Selangor mencapai paras 55%.

Pada masa ini, empangan tersebut pada tahap 38.82 %, empangan Klang Gates (54.17%) dan empangan Langat (51.71%), manakala empangan lain sudah berada di atas paras yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Sebelum ini, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Md Khairi Selamat berkata, empangan Sungai Selangor memerlukan 200mm hujan untuk memperoleh 55% dari yang dahulu 37,38%. 

Jumlah hujan itu bersamaan dengan purata hujan bulanan bagi November, salah satu daripada bulan yang paling mengalami musim hujan tahun ini. 

Md Khairi turut berkata, catuan air perlu dilaksanakan secara berterusan sehingga sasaran itu dicapai.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan