Operasi Bas Dua Tingkat Digantung Sementara

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 6:03 PM

Ab Aziz Kaprawi

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan menggantung sementara semua operasi bas dua tingkat di laluan berbahaya terutama tanah tinggi mulai bulan depan sehingga kajian kelemahan mengenai pengangkutan awam itu diatasi.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaptawi berkata, arahan berkenaan akan dikuat kuasa Mei ini membabitkan enam laluan tinggi termasuk di lokasi kerap berlaku kemalangan.

Enam laluan berkenaan ialah Genting Highland, Cameron Highland, Bukit Tinggi, Bukit Fraser, Gunung Jerai dan Bukit Larut.

"Bagaimanapun operator bas dua tingkat masih boleh meneruskan operasi mereka di laluan-laluan lain seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat selama hampir tiga jam bersama semua pihak berkaitan pengangkutan awam darat di sini, Selasa.

Menurut Ab Aziz penangguhan itu merupakan antara cadangan panel bebas mengenai nahas Genting Highlands yang dipengerusikan Tan Sri Lee Lam Thye.

Selain itu beliau berkata, kira-kira  8,000 pemandu bas ekspres dan bas persiaran turut diwajibkan melakukan ujian air kencing sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan mereka tidak berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk melakukan ujian di semua terminal-terminal utama di seluruh negara.

"Biasanya amalan ini hanya dibuat pada musim perayaan sahaja. Namun kita akan kuat-kuasakan perkara ini bermula hari ini pada setiap hari," katanya sambil menambah bahawa JPJ juga akan melakukan penyamaran sebagai penumpang dalam usaha memantau operasi bas awam.

Mengulas lanjut Ab Aziz berkata, kerajaan juga akan memperkenalkan sistem gred bagi bas ekspres dan bas persiaran dalam usaha membantu penumpang memilih perkhidmatan terbaik daripada operator bas.

Katanya syarikat bas berkenaan akan diberi pengiktirafan mengikut bintang berdasarkan kualiti perkhidmatan.

"Kita akan beri gred sehingga lima bintang. Ia memudahkan penumpang memilih operator bas mana yang memberikan perkhidmatan terbaik dan selamat.

"Sistem ini akan dinilai oleh Miros dan gred bintang itu akan dipamer di bas-bas itu sendiri dan kaunter tiket," katanya.



Tags / Kata Kunci: gantung , bas dua tingkat , Ab Aziz Kaprawi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan