Pesawat MH192 Mula Bergegar Sebaik Berlepas - Penumpang

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 8:53 AM

MH192

Pesawat MH192 mendarat dengan selamat di KLIA. Foto AP

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Warga India, Raja Gopal Menon mengetahui sesuatu yang tidak kena dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 sebaik ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami tahu sesuatu yang tidak kena dengan pesawat apabila ia mula bergegar," kata pelancong yang berasal dari Kochi, India.

Dia yang berusia 70an itu berkata, apa yang dibimbanginya adalah sekiranya pesawat Boeing 737-800 dalam penerbangan ke Bengaluru (Bangalore) itu terpaksa berpatah balik.

Pesawat itu, yang mengalami masalah pada gear pendaratan kanannya ketika berlepas, mendarat dengan selamat di KLIA pada kira-kira pukul 1.56 pagi Isnin.

Raja Gopal berkata, dia tenang berada di dalam pesawat kerana juruterbang menangani keadaan itu dengan baik.

"Juruterbang begitu tenang dan membantu kami melalui keadaan itu dengan baik," katanya.

Terdahulu, MAS mengeluarkan kenyataan bahawa penerbangan MH192 yang berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam ke Bengaluru terpaksa berpatah balik.

Pesawat itu sepatutnya dijadualkan tiba di Bengaluru di India pada pukul 11.35 malam pada hari yang sama. 

Ia membawa seramai 166 orang termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal.

Seorang lagi penumpang, Gorav Puri, 31, dari Sweden berkata, dia duduk berhampiran dengan bahagian sayap pesawat dan mendengar bunyi bising apabila juruterbang cuba untuk berpatah balik.

"Pesawat itu melakukan dua pusingan sebelum mendarat," katanya, sambil menambah mereka diberitahu bahawa juruterbang perlu menghabiskan minyak terlebih dahulu sebelum mendarat.

"Kesemua kami tenang melalui keadaan itu. Kami hanya takut sewaktu pesawat itu berlepas dan ketika kami diberitahu bahawa kami perlu bersedia untuk mendarat," katanya. 

Dia bagaimanapun bersyukur kerana masih selamat dan memuji juruterbang yang mengendalikan situasi itu dengan baik.

Tags / Kata Kunci: Penerbangan Malaysia , MAS , KLIA , MH192

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan