Pemeriksaan Ketat Bas Ekspres, Persiaran - Ab Aziz - Berita Semasa | mStar

Pemeriksaan Ketat Bas Ekspres, Persiaran - Ab Aziz

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 12:32 PM

Kemalangan terkini membabitkan bas persiaran yang mengorbankan seorang penumpang dari Pulau Redang ke Singapura

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemeriksaan ketat pihak berkuasa terhadap perkhidmatan bas ekspres dan persiaran akan ditingkatkan berikutan kerapnya berlaku kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan itu sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata kementerian akan menjalankan pemeriksaan secara rawak terhadap bas ekspres dan persiaran di terminal bas serta menempatkan pegawai penguat kuasa rondaan di kawasan yang kerap berlaku kemalangan.

"Kementerian akan mengadakan satu mesyuarat bersama dengan semua agensi terlibat esok bagi membincangkan tindakan penguatkuasaan lanjut yang akan di ambil," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata, agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dan lain agensi akan berbincang bagi menentukan langkah yang boleh diambil.

Ab Aziz berkata, langkah untuk mengekang kemalangan bas ekspres perlu disegerakan untuk mengelak kejadian buruk berlaku.

Beliau diminta mengulas tiga kemalangan membabitkan bas sejak seminggu lalu dengan yang terbaharu berlaku petang Ahad apabila sebuah bas persiaran yang membawa penumpang dari Pulau Redang ke Singapura terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung dan mengorbankan seorang pelancong dari Singapura.

Sabtu lalu, sebuah bas ekspres yang membawa 28 penumpang terbabas di Km 118, Lebuh Raya Pantai Timur yang mengakibatkan 10 orang cedera, manakala pada 12 April lalu, tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik di Bentong, Pahang.

Tags / Kata Kunci: bas ekspres , bas persiaran , Ab Aziz , kemalangan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan