MAS Perlu Sediakan Laporan Insiden MH192 - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 8:34 AM

hishammuddin
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 dalam penerbangannya ke Bangalore yang berpatah balik dan membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi Isnin akan dibawa ke Kabinet pada Rabu, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, MAS diarahkan untuk menyediakan laporan mengenai kejadian itu kepada kementeriannya dan Jemaah Menteri pada Rabu ini.

"Biarpun MAS di bawah Khazanah Nasional, namun pihak kami mahukan satu laporan lengkap disediakan secepat mungkin pada Rabu ini.

"Ini kerana sudah banyak insiden menimpa MAS termasuk kes kehilangan MH370 dan laporan itu perlu diserahkan kepada kementerian saya dan Jemaah Menteri," katanya. 

MH192, yang berlepas ke Bangalore, India, dengan membawa 159 penumpang serta tujuh anak kapal, melakukan pendaratan kecemasan selepas pesawat itu mengalami masalah gear pendaratan. 

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 10.09 malam Ahad.

Penerbangan MH192 sepatutnya tiba di Bengaluru, Bangalore di India pada pukul 11.35 malam hari yang sama.

Tags / Kata Kunci: MH192 , KLIA , MAS , Hishammuddin Tun Hussein

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan