Budaya 'Kartel' Tidak Wujud - Rafizi

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menafikan wujudnya budaya 'kartel' dalam PKR menjelang pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 26 April hingga 11 Mei ini.

Sebaliknya, Rafizi berkata gandingan yang wujud diantara beliau dan penyandang Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar serta Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang bertanding Timbalan Presiden sebenarnya lebih kepada pembentukan idea untuk memperkasakan parti.

"Saya tidak lihat itu (gandingan) sebagai kartel. Jika wujud kumpulan tertentu, ia untuk pembentukan idea dan bukannya personaliti," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang menyuarakan rasa bimbang terhadap tindakan calon yang membentuk kumpulan tertentu menjelang pemilihan PKR akan menjejaskan masa depan parti itu.

Razizi berkata, gandingan tersebut tidak harus dianggap sebagai satu ancaman kerana perkara yang perlu diberi tumpuan oleh setiap calon adalah dasar yang boleh diterima setiap anggota PKR.

"Tiada perkara yang perlu dibimbangkan kerana saya sentiasa percaya dalam setiap pertandingan sama ada Pilihan Raya Umum atau pemilihan parti, kita perlu fokus kepada dasar parti," katanya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, kempen gandingan antara beliau, Nurul Izzah dan Saifuddin pada pemilihan tersebut lebih kepada pendekatan melahirkan lebih ramai pemimpin muda pada masa hadapan.

"Itu pandangan kami dan kami berkempen atas dasar itu. Saya rasa sudah tiba masanya parti melahirkan pemimpin muda dan memberi peluang kepada mereka untuk memegang jawatan di dalam parti," katanya.

Malah, Rafizi yang akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR berkata, kewujudan sesebuah parti politik sebenarnya berdasarkan konsep ini.

"Orang yang bersetuju dengan idea DAP, mereka sertai DAP. Orang yang menyokong dasar PAS, mereka akan sertai PAS. Saya tidak lihat ia sebagai satu masalah," katanya.

Ketika ditanya sama ada Azmin sebenarnya takut dengan gandingan tersebut, Rafizi berkata, setiap anggota PKR dilihat sudah matang dalam menentukan masa depan parti.

"Ahli parti sudah semakin matang dan mereka tidak pernah menyokong mana-mana kumpulan (puak), mereka sokong individu yang mereka rasa boleh menyumbang kepada parti. Ia dapat dilihat 
berdasarkan keputusan pada pemilihan parti sebelum ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rafizi Ramli , kartel , PKR

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan