Jangan Spekulasi Insiden MH192 - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 9:16 AM

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi mengenai insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 ke Bengaluru (Bangalore), India, yang terpaksa berpatah balik dan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan insiden itu disebabkan oleh tindakan sabotaj berikutan beberapa siri kejadian yang melibatkan MAS baru-baru ini.

Hishammuddin berkata, beliau sudah pun meminta polis untuk menyiasat perkara itu dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

"Saya sudah pun mengarahkan polis untuk menyiasat dengan segera. SOP (prosedur operasi standard) kami, sebagaimana dengan MH370, tidak berubah tetapi sebarang petunjuk perlu disahkan," katanya.

Pesawat MH192 yang berlepas ke Bangalore, India dengan membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal, melakukan pendaratan cemas selepas pesawat itu mengalami masalah gear pendaratan.

Ia berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam Ahad.

Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di KLIA pada pukul 1.56 pagi Isnin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan