Datuk Bandar JB Baharu Angkat Sumpah

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 2:32 PM

Abdul Rahman Mohamed Dewam

Gambar fail pada Julai 2010 menunjukkan Abdul Rahman Mohamed Dewam (kanan) ketika memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Bekas pegawai daerah Muar, Abdul Rahman Mohamed Dewam mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Johor Bahru yang baharu.

Pelantikan tersebut selepas datuk bandar sebelum ini, Ismail Karim dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor yang baharu.

Majlis itu disaksikan oleh wakil rasmi Menteri Besar Johor dan Exco Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Latif Bandi di Majlis Perbandaran Johor Bahru di sini, Isnin.

Abdul Rahman mempunyai pengalaman dalam sektor awam selama hampir 34 tahun.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai pegawai daerah, yang dipertua dan setiausaha pentadbiran daerah di Simpang Renggam, Kluang, Mersing dan Muar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan