Pulau Pinang Berkabung Atas Pemergian Karpal Singh - Guan Eng

Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 12:07 PM

karpal

Orang ramai mengemuruni di hadapan sepanduk gergasi 'Karpal Singh Dalam Kenangan' di Dewan Sri Pinang selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh. Foto LIM BENG TATT

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyampaikan ucapan sanjungan negeri pada upacara pengebumian Karpal Singh di Dewan Sri Pinang.

Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP pada Ahad berkata, kerajaan negeri berkabung di atas pemergian Karpal yang tidak dijangkakan.

Beliau menambah, kerajaan negeri memberi penghormatan kepada mendiang dengan meraikan pencapaiannya dan merealisasikan aspirasi beliau demi keadilan, integriti dan kebebasan.

Terdahulu, orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang dari pukul 8.30 pagi sehingga 10.15 pagi.

Suasana pada Ahad begitu beremosi apabila lagu puisi Auld Lang Syne dimainkan sewaktu keranda yang membawa mayat mendiang di bawa masuk ke dalam dewan.

Ia merupakan upacara pengebumian yang memberi kesan ditinggalkan mendiang yang diberi jolokan "Harimau Jelutong".

Perarakan itu akan membuat beberapa perhentian di tempat-tempat yang begitu dekat di hari Karpal, iaitu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabatnya di Green Hall , bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Institusi St Xavier (SXI) di mana tempat pendidikan beliau dan ibu pejabat parti DAP negeri di Rangoon Road, sebelum ke krematorium Batu Gantong.






iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan