Mayat Mendiang Karpal Singh Dibakar Di Krematorium Batu Gantong

Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 3:35 PM

Suasana suram di Krematorium Batu Gantong bagi upacara pengebumian Karpal Singh.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mayat mendiang Karpal Singh dibakar di Krematorium Batu Gantong selepas upacara penghormatan terakhir yang dilakukan ribuan orang.

Ahli keluarga mendiang menghabiskan masa selama 30 minit bagi melaksanakan upacara-upacara terakhir selepas kereta yang mengusung mayat Karpal tiba di tempat pembakaran mayat pada kira-kira pukul 1.35 petang Ahad.

Upacara pengebumian Karpal dilaksanakan dengan penghormatan negeri Pulau Pinang.

Ribuan orang berarak di sepanjang jalan di Pulau Pinang bagi mengiring kereta yang membawa mayat mendiang ke upacara pengebumian.

Perarakan itu membuat beberapa perhentian di tempat-tempat yang begitu dekat di hari Karpal, iaitu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabatnya di Green Hall , bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Institusi St Xavier (SXI) di mana tempat pendidikan beliau dan ibu pejabat parti DAP negeri di Rangoon Road, sebelum ke Krematorium Batu Gantong.

Terdahulu, pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat serta wakil-wakil pelbagai persatuan memberi penghormatan terakhir kepada Karpal.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapan penghormatannya berkata, kerajaan negeri berkabung di atas pemergian Karpal yang berlalu terlalu cepat dan tidak dijangka itu.

Ribuan orang awam turut memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan